Rompin, 28 Mei – Tindakan dua orang
kena tahan (OKT) cuba melarikan diri dengan cuba merampas senjata berjaya ditahan
oleh anggota polis unit kereta peronda (MPV) di hadapan Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Rompin semalam.
Detik mencemaskan ini berlaku
apabila bangunan pentadbiran di IPD Rompin mengalami kebakaran yang
megakibatkan tiga orang anggota polis dan lima OKT cedera dalam kejadian yang
mengemparkan penduduk yang berada di sini.
Dua pasukan bomba dan penyelamat
Kuala Rompin bergegas ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran serta membantu
mangsa yang tercedera.
Babak-babak cemas ini hanyalah
satu aksi latihan kebakaran (mork drill) yang melibatkan kerjasama IPD Rompin, Balai Bomba
dan Penyelamat Kuala Rompin, Hospital Rompin dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Cawangan Rompin yang menarik minat penduduk sekitar kawasan ini melihat
kejadian yang berlaku.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan,
Johari Yahya berkata, latihan kebakaran yang dibuat ini adalah penting bagi
memastikan setiap anggota polis tahu tindakan yang perlu dilakukan sekiranya
situasi ini benar-benar berlaku.
“Latihan seperti ini sangat penting
kerana ia di luar dugaan atau tidak dijangka dan setiap anggota perlu faham
serta tahu apa tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi cemas
seperti ini terutama melibatkan OKT,” katanya semalam.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan
Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Affandy Sulaiman,
berkata, latihan ini dapat memberi pendedahan secara praktikal kepada anggota
bomba dalam menghadapi situasi seperti ini dan ini penting kerana anggota bomba
perlu tahu untuk bekerjasama bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku
jika ia berlaku nanti.
"Setiap anggota bomba dan polis serta
pasukan perubatan dari Hospital Rompin memberi kerjasama yang sangat baik dan
ia terbukti dalam masa yang singkat situasi dapat dikawal.
"Melalui latihan seperti ini, ia juga memberi ruang kepada pasukan bomba untuk memperkemas setiap tindakan dalam menghadapi situasi kebakaran," katanya di IPD Rompin semalam. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
"Melalui latihan seperti ini, ia juga memberi ruang kepada pasukan bomba untuk memperkemas setiap tindakan dalam menghadapi situasi kebakaran," katanya di IPD Rompin semalam. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor