Isu Diraba Ustaz Azhar Idrus Kembali Hangat?

Sebetulnya isu kontroversi yang membabitkan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), ini mula hangat diperkatakan pada pertengahan tahun lalu.

Dalam isu tersebut, seorang gadis yang hanya dikenali sebagai, Maryam Mazlieynna Mazlee, melalui laman sosial Facebook, mendakwa dirinya pernah diraba dan diajak berzina oleh UAI.

Namun, secara tiba-tiba isu yang tidak dapat dipastikan kesahihannya itu kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini.

Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak keluar oleh Ustaz Azhar malah dikatakan bahawa pendakwah bebas itu juga difahamkan sudah siap menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu.

uai1 

uai

KedahNews.com memohon agar isu kontroversi ini diselesaikan segera demi menjaga nama baik semua pihak, khususnya umat Islam di negara kita.

UAI sewajarnya melaporkan perkara ini pada pihak berkuasa secepat mungkin bagi menutup perkara yang mungkin mendatangkan mudarat fitnah atau kesan tidak elok pada nama baiknya sebagai seorang pendakwah.

Selain itu, agak tidak logik dakwaan gadis tersebut yang kononnya "malu" untuk membuat laporan polis berhubung salahlaku UAI terhadapnya, sedangkan dia tidak malu langsung untuk mendedahkan perkara tersebut di laman sosial Facebook sehingga menyebabkan satu dunia tahu keaiban itu.

Pelik betul "gadis" itu, bukan? Berpada-padalah umat Islam di akhir zaman ini "berlaman sosial" kerana dosa memfitnah itu beratnya lebih teruk berbanding dosa membunuh. Wallahu'alam. -KedahNews.com

Sumber asal: Mynewshub.my