Yan, 20 Mei –
Kerajaan Negeri Kedah akan menyiasat mengenai status pemilik jambatan yang dibina
ke Pulau Bunting kerana banyak menerima aduan mengenai pencerobohan yang
dilakukan secara berleluasa setelah siap dibina pada tahun 2003.
Perkara ini
perlu dilakukan dengan terperinci bagi memudahkan Kerajaan Negeri Kedah
membangunkan kembali kawasan berkenaan.
“Sebenarnya
jambatan ini ditutup untuk orang ramai dan kita tidak tahu siapa pemiliknya.
Secara umumnya, ia bukan dimiliki Kerajaan Persekutuan kerana tiada dalam
Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Namun kita percaya, urusan pembinaan jambatan ini mungkin dilakukan kerajaan negeri terdahulu dengan kerjasama swasta,” kata Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Bunting, di sini semalam.

Hasil tinjauan
yang dilakukan mendapati jambatan yang telah lama dibina itu hanya boleh
dilalui dengan menggunakan motosikal kerana berpagar.
“Selepas status
pemilikan itu diketahui, kita akan minta pihak JKR untuk melakukan pemeriksaan
dari segi keselamatan, ketahanan dan sebagainya terhadap jambatan itu sebelum
digunakan.
“Kerajaan negeri
sebenarnya serius nak mengadakan pelabuhan di Pulau Bunting. Kalau dilihat dari
segi infrastruktur, kita sudah ada jambatan dan jalan yang menghubung tanah
besar ke pulau ini.
“Pada masa sama, kita pun tahu Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) juga sudah padat dan melimpah. Jadi kita boleh bina pelabuhan baru sebagai alternatif,” katanya lagi.
“Pada masa sama, kita pun tahu Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) juga sudah padat dan melimpah. Jadi kita boleh bina pelabuhan baru sebagai alternatif,” katanya lagi.
Menurutnya lagi,
perbincangan akan dijalankan dengan terperinci bagi merealisasikan harapan
penduduk di sini yang mahu Pulau Bunting dijadikan sebagai pusat pelancongan.
Cadangan itu
merupakan satu perkara yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat di sini
kerana selain Pulau Bunting terdapat beberapa pulau yang ada di sini seperti
Pulau Sonsong dan Pulau Telur.
Sebelum ini,
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhkriz Tun Mahathir ada menyuarakan hasrat
untuk meneruskan rancangan bagi menjadikan kawasan itu sebagai sebuah pelabuhan
yang terhenti selepas pembangkang menerajui negeri tersebut pada Pilihan Raya
Ke -12 yang lalu. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor