"Kau Pergi Jua", Adam Ahmad meninggal dunia.. Al-Fatihah


Ampang – Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu “Kau Pergi Jua”, Adam Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.15 malam tadi di Hospital Ampang.

Penyanyi tersebut disahkan meninggal dunia akibat menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Selain dikenali sebagai seorang penyanyi, Adam Ahmad, 49, juga merupakan seorang komposer yang telah berjaya menaikkan nama penyanyi popular seperti Aishah menerusi lagu ciptaannya, “Janji Manismu” dan Fauziah Latiff , yang hits dengan lagu “Teratai Layu Di Tasik Madu”.

 “Janji Manismu” telah berjaya menjadi Juara Lagu pada tahun 1990, manakala lagu “Teratai Layu Di Tasik Madu” telah berjaya menjadi Juara Lagu pada tahun 1993.

Pada tahun 2010, Adam Ahmad telah menamatkan zaman bujuangnya dengan memilih, Norliza Ayat sebagai teman hidupnya.

Jenazah arwah diuruskan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pagi tadi.

Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor