EDITOR kanan, akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris
dalam ruangan pojoknya minggu lalu, menuduh saya mengalami krisis
identiti kerana selalu bercakap bagi pihak orang Melayu dan
mempertahankan Melayu. Sejak dahulu saya jelaskan, saya mempertahankan
agama Islam dan neraca saya, bercakap benar.
Hari ini, sama ada setuju atau tidak, Islam sedang diancam, menjadi tanggungjawab kita untuk membelanya. Saya pernah jadi bukan Islam, saya tahu perancangan busuk segelintir mereka, walaupun mungkin sahabat seislam saya tidak bersetuju. Saya hormati perbezaan pandangan ini.
Ternyata, editor tersebut tidak mengenali saya dan tidak membaca sepenuhnya artikel saya. Beliau hanya membaca artikel saya yang telah diputarbelitkan atau dimanipulasikan web ultra kiasu. Beliau mengambil contoh kedudukan masjid bersebelahan dengan tokong, gereja dan kuil sudah melambangkan perpaduan kaum. Nampak sangat cetek pemikirannya.
Lokasi rumah ibadat bersebelahan, belum tentu menandakan masyarakat kita hidup harmoni, jika mereka jahil sejarah. Apa guna duduk dekat, jika penuh syak wasangka. Inilah yang sedang berlaku.
Ibu bapanya yang makan pakai tangan seperti Melayu, itu pun bukan petanda perpaduan telah tercapai. Soal lebih penting adalah soal hati, ultra kiasu atau tidak.
Saya tidak nafikan negara ini sudah berbilang kaum sejak zaman kesultanan Melaka lagi dan mesti diketahui ada penghijrahannya. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan, Ini bukan krisis identiti. Ini bukti. Justeru, iktiraf hak penduduk asal.
Chong Wei vs Lin Dan adalah contoh naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia. Kedua-dua adalah Cina. Tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China.
Katakan, Chong Wei vs Misbun atau Lin Dan vs Misbun atau Lin Dan vs Taufik Hidayat (Indonesia), ketika itu, siapakah yang disokong? Justeru, tidak perlulah berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia, tetapi mengundi ultra kiasu.
Mengenai sumbangan cukai pendapatan. Saya memasukkan GLC itu mewakili Melayu (Islam) kerana majoritinya diuruskan orang Islam dan negara ini ditadbir orang Islam serta hasil bumi ini datang dari bumi Melayu. Bukan saya tidak tahu membezakannya. Saya cabar kemukakan data siapakah penyumbang cukai terbesar di negara ini, jika pendapat saya tidak betul.
Lagipun cukai individu yang bekerja kerajaan lebih telus, kerana tidak berlaku penipuan berbanding dengan cukai yang dibayar badan swasta. Jika tidak percaya, tanya syarikat yang mengaudit kedudukan kewangan syarikat ultra kiasu setiap tahun?
Syarikat audit ultra kiasu satu hal lain pula. Berdasarkan aduan saya terima, pelajar Melayu yang membuat latihan industri di sana, hanya diberikan kerja kerani seperti menyusun fail dan fotostat. Mereka tidak diajarkan kerja akaun sebenar. Ini tidak termasuk tidak dibenarkan solat harian (Jumaat), kerana dikatakan merugikan syarikat.
Akhirnya, saya ingin memetik komen Ana Muslim dalam blog saya:

“Melayu memang baik, baik dalam serba-serbi, tak akan jumpa dalam dunia ini bangsa yang sebaik bangsa Melayu. Dalam pertubuhan politik pula anda tak akan jumpa dalam dunia ini sebuah parti politik sebaik parti Umno, saya berani kata sampai kiamat pun anda tak akan jumpa.
Cuba tengok Umno, walaupun MCA itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili MCA pada PRU12 dan PRU13 tetapi Umno sanggup 'menebal muka' menyembah, merayu supaya MCA menyertai Kabinet.
Mana mahu cari itu macam punya hemoi beb... Agak-agak kamulah kalau BN itu diterajui oleh MCA dan Umno pula kalah KO dalam PRU, adakah MCA nak sembah Umno merayu supaya Umno masuk Kabinet? Jawablah siapa yang tahu akan jawapannya...”
Apa pun saya bersetuju dengan pendapat editor tersebut, bukan Melayu
mesti berusaha untuk bertutur dalam BM sebagai bahasa perpaduan. Begitu
juga penghargaan beliau kepada negara ini yang dipimpin orang Melayu dan
guru Melayu yang telah mendidiknya menjadi manusia berguna.
Persoalannya, adakah perkara ini dihargai ultra kiasu? Kenapa mereka ingin membina negara dalam negara, tanpa mahu mendaulatkan agenda negara?
Oleh: Ridhuan Tee Abdullah