Bahawa dengan sedih dan duka
citanya dimaklumkan yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Utama Tunku
Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi
Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada
jam 12.20 pagi, hari Rabu, 21 Mei 2014 bersamaan 21 Rejab 1435 Hijrah.
Jenazah Almarhum Yang Teramat
MulianTunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor
Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar
dan orang kenamaan, manakala orang ramai mulai 1.00 petang hingga 3.00 petang.
Jenazah Almarhum Yang Teramat
Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan
dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar, pada hari ini, Rabu, 21
Mei 2014 bersamaan 21 Rejab 1435 Hijrah.
Bendahara Negeri, Persekutuan dan
lain- lain hendaklah dikibarkan pada separu tiang selama 3 hari. Tempoh
perkabungan adalah selama 3 hari mulai 21 Mei hingga 23 Mei 2014. Sepanjang
tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah
dibatalkan.
Sebagai penghormatan keatas
kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini diisytiharkan
sebagai cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kedah Darul Aman.
Marilah sama-sama kita berdoa ke
hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku
Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama-sama para Syuhadah dan Solihin.
DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menter Besar Kedah Darul Aman
Tarikh : 21 Mei 2014
-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor