Keputusan penuh ABPBH2013 semalam...

Semalam telah berlangsung malam anugerah bintang hiburan berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013) edisi yang ke-27, yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian. 

Pelakon lelaki "idaman Malaya", Aaron Aziz, telah  dipilih sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2013 apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 76,742 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Sabtu.

Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2011.

Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Nakita Gold & Diamond dan jam tangan Tendence.

Berikut ialah keputusan penuh ABPBH2013 yang berlangsung semalam:

1. Artis Baru Lelaki Popular - Achey
2. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
3. Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
4. Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
5. Gandingan Serasi Di Layar – Zara Zya & Azlee Khairi
6. Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar
7. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
8. Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
9. Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
10. Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa.
11. Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
12. Artis Komedi Lelaki Popular – Jepp
13. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali
15. Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
16. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
17. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
18. Penyanyi Wanita Popular - Stacy
19. Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
20. Aksi YouTube Paling Popular – Mat Luthfi
21. Anugerah Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
-KedahNews.com