Kereta tanpa stereng?

Foto

Los Angeles, 29 Mei – Sebuah kereta tanpa stereng akan dikeluarkan oleh syarikat Google.

Kereta yang bakal dikeluarkan itu direka tanpa stereng kerana kenderaan tersebut boleh dipandu dengan sendiri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, kenderaan itu juga tidak dilengkapi dengan pedal brek dan minyak tetapi mempunyai satu butang khas untuk bergerak dan berhenti.

Kenderaan unik itu mempunyai dua ruang tempat duduk dan ia tidak akan dijual kepada orang awam sebaliknya pihak syarikat berkenaan mensasarkan 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pada pertengahan tahun hadapan.

Sebelum ini, Google telah menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer untuk menjalankan uji pandu di ribuan kilometer di California.

Namun begitu, kereta tersebut perlu mempunyai pemandu untuk mengendalikannya jika berlaku kecemasan tetapi kenderaan yang baru dikeluarkan ini tidak lansung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor