Khalifah Umar yang asli berbeza sifat dengan Guan Eng

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, merupakan salah seorang Khalifah Bani Umaiyah yang terkenal. Beliau cukup terkenal dengan sifatnya yang adil dan memilik akhlak yang mulia.

Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. 

"Urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?" tanya Khalifah Umar.

"Urusan keluarga, ayahanda.” jawab anaknya.

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. 

"Kenapa ayah padamkan lampu itu?" tanya anak Khalifah itu, hairan dengan tindakan spontan ayahnya.

"Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. 

"Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." jawab Khalifah Umar terhadap persoalan anaknya itu.

Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari dalam kamarnya.

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. 

Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." tegas Khalifah Umar pada anaknya.

Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar. Pemimpin seperti ini amat payah untuk ditemui di zaman moden seperti sekarang.

Bak kata pepatah "jauh panggang dari api", bagai "langit dengan bumi", sifat yang dimiliki Khalifah Umar Abdul Aziz ini sangat jauh sekiranya dibandingkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dicanang kononnya memiliki sifat seperti tokoh pemimpin Islam ini. 

Itukah pemimpin yang disokong umat Islam Pulau Pinang? Wallahu'alam. -KedahNews.com