"Lamar" Ahmad Said: PAS Terengganu menipu?

KedahNews.com agak keliru dengan dua laporan berbeza mengenai status bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan mengisytihar diri keluar UMNO semalam.

Menurut satu sumber, ia menjelaskan bahawa terdapat pujukan dari Setiusaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, yang menghubungi Ahmad Said berniat memujuknya untuk menyertai parti PAS setelah keluar dari UMNO.

Sumber berkenaan boleh dirujuk di sini.

Maklumat dari sumber tersebut adalah bercanggah sama sekali dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat, yang memberitahu media bahawa PAS sama sekali tidak berminat untuk memberi tawaran kepada Ahmad Said untuk menyertai parti mereka.

Sumber berkenaan boleh dirujuk di sini.


Persoalannya, siapakah yang menipu? Ahmad Said atau Pesuruhjaya PAS Terengganu?

Apakah Mustafa sebenarnya telah "memancing" Ahmad Said terlebih dahulu sebelum Pesuruhjaya PAS Terengganu membuat kenyataan kepada media?

Kenapa Pesuruhjaya PAS Terengganu tidak menjelaskan hal sebenar kepada media mengenai Setiausaha Agung PAS Pusat yang menghubungi Ahmad Said dan berniat untuk memujuknya menyertai PAS? -KedahNews.com