Alor Setar, 18
Mei – Skuad bolasepak negeri Kedah yang mendapat jolokkan ‘Lang Merah’ kembali
merapatkan jurang mata dengan kelompok atasan Liga Premier apabila mencatatkan
kemenangan dramatik ke atas pasukan pilihan, Felda United 1-0 di Stadium
Darulaman, Jumaat lalu.
Kemenangan itu
menyaksikan Kedah mengumpul 26 mata, kurang satu mata berbanding pasukan Negeri
Sembilan yang menduduki tangga keempat liga.
Ketua Jurulatih
Lang Merah, Tan Cheng Hoe menyifatkan rehat tiga minggu skuad bimbingannya itu berjaya
mengubah sedikit sebanyak corak permainan pasukan ke arah lebih baik dan
sentiasa bersemangat dalam memburu gol kemenangan.
Ketiadaan
beberapa tonggak utama seperti kapten pasukan, Badrol Bakhtiar, Billy Osman
Mehmet, Syazwan Zainol serta Khyril Muhymeen Zambri memberi peluang kepada
pemain muda untuk mempamerkan kemampuan mereka.
“Semua pemain
kini cukup yakin dengan diri sendiri dan ini cukup positif buat pasukan biar
pun tanpa sebahagian besar pemain utama.
“Sasaran saya
tetap layak ke Piala Malaysia secara automatik, namun kita tetap tidak menolak
sebarang keajaiban jika akan berlaku dan memihak kepada Kedah di pemburuan slot
Liga Premier sepanjang baki liga selepas ini, “ kata jurulatih Kedah itu ketika
dihubungi.
Pasukan Kedah
berjaya mencatat kemenangan ke atas pasukan Felda United 1-0, hasil jaringan
yang dilakukan oleh pemain gantian, Shafiq Ahmad pada minit ke-92 di Stadium
Darul Aman.
Prestasi skuad Hijau Kuning sebelum ini telah
mencetus kemarahan dan kebimbangan penyokong-penyokongnya ekoran persembahan
yang kurang memuaskan sehingga mengakibatkan kekalahan pasukan di dalam aksi
Liga Perdana Malaysia. -KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor