Lelaki guna "wajah" sebagai "senjata" cari wang...


India, 18 Mei – Seorang lelaki yang digelar, ‘lelaki gajah’ tekad untuk terus menggunakan wajahnya bagi meminta sedekah untuk membuat persediaan perkahwinan anak perempuannya.


Pengemis yang dikenali sebagai Mannan Mondal, 50, mengalami ketumbuhan yang hampir menutupi seluruh wajahnya, namun dia mahu terus menggunakan “kelemahaan”nya itu sebagai “senjata” untuk mencari rezeki.


“Saya terpaksa membeli pelbagai barang termasuk katil, almari, cincin, jam dan barangan pengantin yang lain.


“Duit yang yang perolehi setiap hari melalui mengemis hanya cukup untuk menyara keluarga saya sahaja. Saya tidak mempunyai cara lain untuk membantu anak gadis saya kerana saya perlu membantu keluarga terlebih dahulu,’’ katanya lagi.


Kesan daripada ketumbuhan itu, dia telah kehilangan sebelah mata, sebelah telinga dan kebanyakan giginya.


“Saya mengalami keadaan ini sejak dilahirkan, Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan tidak mempunyai peluang lain dalam hidup.


“Orang di sekeliling saya tidak melayan saya dengan cara yang sepatutnya, malah mereka juga berasa jijik dengan saya.


“Saya terpaksa belajar menguruskan hidup, sebagai contoh saya tidak menggunakan berus gigi untuk menggosok gigi. Saya terpaksa menggunakan jari kerana saya hanya mempunyai empat batang gigi sahaja,’’ katanya.


Menurut sumber, Mannan akan mengembara ke seluruh wilayah di India untuk meminta sedekah termasuk di kuil-kuil dan mampu menjana pendapatan sebanyak RM15 ringgit untuk satu hari dari aktiviti mengemis itu.


Wang yang diperolehi Mannan tersebut kemudiannya akan dihantar kepada keluarganya di kampung.

Mannan mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. Kesemua anaknya dilaporkan tidak menghadapi ketumbuhan atau sebarang kecacatan yang dialaminya. –KedahNews.com/ Mohd Shahir Shukor