Jika sebelum ini, trend bergambar selfie menjadi kegilaan di kalangan
pengikut laman Instagram, terbaharu trend terbaharu pula dikesan
apabila gambar dengan hashtag After Sex Selfie pula semakin mendapat
sambutan di kalangan penggemar media sosial.
Menurut sumber, terdapat sebuah laman Facebook yang mempromosikan
After Sex Selfie di mana mengumpulkan pelbagai gambar serta aksi menarik
pasangan dari serata duina yang mengabadikan memori bersama selepas
mengadakan hubungan seks.
Adakah budaya serta trend ini akan menular di kalangan masyarakat kita?
Sebelum ini pun, gambar mesra pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil dan Rozita Che Wan serta suami, Zain Saidin teruk dikritik peminat gara-gara ‘aksi’ terlampau mesra yang dikongsikan di laman Instagram, baru-baru ini.
Mungkin perkara sebegini tidak menjadi isu kerana mereka merupakan
pasangan suami isteri yang sah namun seperti mana yang diketahui adalah
tidak manis untuk berbuat demikian.
Namun terpulang pada penilaian masing-masing, ada yang terbuka, ada
juga yang tidak berapa sukakan pasangan yang terlalu menunjukkan ‘public
displays of affection’ (PDA). –MYNEWSHUB.MY