Makkah dilanda banjir lagi

Riyadh – Hujan lebat yang melanda Mekah telah menyebabkan dua orang maut manakala puluhan yang lain cedera kemarin. 

Memetik laporan Arab News, hujan yang turun dengan lebat telah menyebabkan banjir berlaku. Ratusan kerendaan dilaporkan rosak dan ribuan jemaah umrah terkandas di Masjidil Haram selepas solat magrib hingga tengah malam semalam.

“Beberapa kerendaan terbalik disebabkan cuba menyeberangi Al- Khafj Valley dengan  seorang daripada maut akibat lemas selepas terperangkap di dalam kenderaan tersebut,” kata Jurucakap Pertahanan Awam, Hail Nafea Alyan Al-Makhalaf.

Di Makkah, jurucakap Pertahanan Awam, Saleh Al- Alyani melaporkan seorang warga Afrika terbunuh di daerah Mansour apabila dihempap pokok.

“Bilik operasi menerima 1,356 panggilan kecemasan selepas sebuah bilik operasi khas ditubuhkan untuk memantau keadaan dan menyelaras bantuan serta melakukan usaha menyelamat termasuk di kawasan Sharayah, Aziziyah, Misfalah dan Otaibiah ,” katanya lagi.

Turut dilaporkan bahawa sebanyak 23 buah helikopter dan 16 pasukan penyelamat telah dikerah untuk operasi kecemasan.

Selain itu, lebuhraya Jeddah-Makkah terpaksa ditutup akibat banjir dan Lebuhraya ke Riyadh berhampiran Gunung Hada juga ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Kawasan King Abdulaziz Gate yang sebelum ini menjadi tumpuan jemaah untuk berehat kelihat kosong akibat hujan yang turun dengan lebatnya.

Pihak berkuasa di Makkah akan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya ketika jemaah umrah melakukan Tawaf dalam hujan lebat dan petir. –KedahNews.com