Mangsa maut langgar lari adalah ahli kelurga


Mangsa maut di tempat kejadian.
Serdang, 25 Mei – Sebuah keluarga bergegas ke tempat kemalangan di sini apabila menerima gambar salah seorang mangsa yang maut dalam kejadian itu menerusi aplikasi WeChat yang dihantar oleh rakannya adalah ahli keluarganya.

Menurut ahli keluarga mangsa, dia terkejut apabila menerima 3 gambar gadis yang terlibat dalam kemalangan itu dari rakannya apabila mendapati salah seorang dari mangsa terbabit adalah ahli keluarganya sendiri.

“Dia menghantar gambar tiga gadis yang terbaring di jalan raya dipercayai akibat dilanggar lari. Saya terkejut apabila dapati seorang daripada mereka adalah Suraidah

Mangsa yang maut ditempat kejadian, dikenali sebagai Suraidah Banjar, 26, bekerja sebagai prometer pakaian.

Dua lagi mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dikenali sebagai Nur Shafira Hafiza Muhd Saufi, 18, dan Nik Nor Shahirah Zainul, 31 kini berada di Hospital Serdang.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah lori ketika sedang melintas jalan di hadapan pusat membeli belah di Jalan Balakong di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Yong Soo Koon berkata pemandu lori yang merempuh ketiga-tiga mangsa dipercayai melarikan diri ke arah Serdang.

“Menurut keterangan saksi, sebuah lori dari arah Balakong merempuh kesemua mangsa, sebelum meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Serdang,” katanya mengulas mengenai kejadian yang berlaku semalam.

Kepada saksi yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu di minta datang ke Balai Polis Daerah Serdang memberi keterangan untuk membantu siasatan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor