Alor Setar, 20
Mei – Misteri bau busuk yang dihidu penduduk di kawasan Perumahan Awam Mergong
disini terungkai apabila pihak sukarela berjaya menemui mayat seorang lelaki di
dalam rumahnya semalam.
Penduduk sebelum
ini dikatakan menghidu bau yang sangat busuk berdekatan rumah lelaki itu dan
mengesyaki sesuatu terjadi terhadap penghuni didalamnya.
Akibat tidak
tahan dengan bau yang dikatakan semakin kuat, penduduk mengambil keputusan
untuk melaporkan perkara itu kepada sukarela yang bertindak memasuki ke dalam
rumah tersebut dan menemui mayat Ng Kee Chong, 42 dalam keadaan terlentang.
Menurut salah
seorang jirannya, lelaki itu merupakan seorang penganggur dan sering keluar
untuk membeli makanan pada setiap hari tetapi tidak kelihatan sejak dua hari
yang lalu.
“Selalunya kami
akan nampak dia keluar membeli makanan pada waktu pagi, sebelum ini dia tinggal
bersama emaknya. Tetapi sekarang emaknya sudah dihantar ke rumah orang tua.
“Saya ingat bau
itu datang dari haiwan mati, jadi buat tak kisah sahaja.
"Tapi hari
ini bau semakin kuat dan pelik,tak sangka rupanya dia yang meninggal dunia,”
katanya yang enggan namanya disiarkan.
Ng Kee Chong
dilapor berhenti kerja di sebuah kilang bagi menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Sumber asal: Sinar Harian