Kuala
Lumpur 18 Mei- Misteri kelibat seorang
wanita sedang melakukan solat di salah satu lebuhraya di sekitar Kuala Lumpur akhirnya
terungkai apabila pihak berkuasa tampil member gambaran awal mengenai situasi
kejadian pelik itu.
Menurut
Penolong Pesuruhjaya Polis dang Wangi, Asistan Superintenden Zainuddin Ahmad,
wanita terbabit memberitahu bahawa tindakan tersebut dilakukan kerana mendakwa dirinya
menerima ‘hidayah’ untuk berubah.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Anita Shiar,
27, mendakwa dia bermimpi telah ditimpa
sesuatu perkara yang tidak baik jika beliau tidak menunaikan solat di mana
beliau berada.
Katanya,
kehidupan silam diri wanita tersebut sebelum ini menyaksikan dia terlalu banyak
melakukan dosa.
Selepas
mendapat hidayah melalui mimpi, Anita telah mengambil keputusan untuk meninggalkan
kehidupan lampaunya dan berazam untuk berubah ke arah kebaikan.
Zainuddin
menjelaskan bahawa sejurus anggotanya menerima maklumat dari orang ramai
mengenai kejadian tersebut, mereka serta merta bergegas ke lokasi bagi mengawal
lalu lintas untuk mengelak wanita terbabit dari ditimpa sebarang kemalangan.
Wanita
tersebut ketika ditemui telah didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri yang
lengkap dan terpaksa dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk
pemeriksaan lanjut.
Sementara
itu, jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di
hospital berkenaan. -KedahNews.com/Su’Is