Mohon doakan isteri pramugara MH370 selamat melahirkan anak hari ini...

Ketika berita ini ditulis, laman KedahNews.com difahamkan bahawa Intan Maizura, yang merupakan isteri kepada salah seorang pramugara penerbangan MH370, Hazrin Hassan, telah dimasukan ke hospital dalam proses untuk melahirkan anak.
 
Pilu benar dihati Admin KedahNews.com mengenangkan bayi yang bakal dilahirkan itu tidak berpeluang melihat wajah ayahnya.

Sehingga kini, itulah saja perkembangan terbaru mengenai Intan Maizura.

Apa yang mampu kami mohon ialah agar kita semua berdoa supaya ibu dan bayi yang bakal lahir itu nanti akan berada dalam keadaan selamat serta sihat sepenuhnya.

Intan dikenali kerana pernah menulis satu warkah sedih meluahkan isi hatinya berikutan kehilangan suaminya.

Menerusi laman Instagramnya intanmaizuraothaman, isteri pramugara MH370 itu menyuarakan isi hatinya yang cukup terkejut apabila menerima khabar berita berkenaan kehilangan pesawat itu.

Di bawah adalah sebuah coretan dari Intan Maizura yang begitu menyentuh hati dan mampu membuat kita mengalirkan airmata...
Assalamualaikum sayang… On the 8th, memang mami dah jangka dan u’re already in heaven but on the next day, i still want to keep my mind positive and hoping that u are still alive and will come back home to us.
Day pass by and there still no news from anyone until last nite March 24, 2014 at 2130, I received an unwanted news saying that u and the rest are resting in a deep deep deep sea, Indian Ocean.. Wow its shocking.. so shocking to me but Allah love u more.
I redha dengan pemergian u B, All that happened so mysteriously insane, but who am I to question Allah the AlMighty.. He got better plan for me and u.. Indeed I have to a bionic women to face reality today.
I will gradually tell Iman that she have lost her papa and Muhammad will be my pillar to move on.. In Sha Allah, Iman and Muhammad wont let u down.. My love for you will stay forevver hingga ke syurga.
Remember i told you u, I want to be leader of all the angels in heaven?? Im so jealous now that u are now with them but never mind, I will join u someday.. kan Allah dah janji “Mati Itu Pasti”.
You are the best husband and papa i could ever ask for.. Allah is great to lend you as a gift to me even for a short period of time but its all good and sweet memories.. Semoga Allah tempatkan u di tempat orang-orang yang beriman..
Selamilah perasaan seorang isteri yang kehilangan suami tersayang dan bagaimana pula keadaannya untuk membesarkan anak-anak tanpa suami yang tercinta.

Lebih menyayat hati apabila mengenangkan Muhammad dan Iman yang bakal membesar tanpa ayah mereka, Hazrin Hassan, yang pergi tanpa bertanda bersama MH370.

Sama-samalah kita doakan agar Intan selamat melahirkan zuriat Hazrin hari ini dan semoga Allah SWT mempermudahkan kehidupan keluarga tersebut dengan limpahan rahmatNya yang tidak bertepi. Amin... -KedahNews.com