KETIKA membawa watak sebagai Mr Bean, Rowan Atkinson
seorang yang dilihat tidak dapat menguruskan diri manakala gelagatnya
sering ditertawakan masyarakat dunia.
Namun, pada Selasa, pelakon itu telah menyelamatkan nyawa seorang
ahli perniagaan dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam kemalangan di
Tuscany, Itali.
Mr. Bean, 59, merupakan individu pertama yang membantu menyelamatkan
pemandu kereta jenis McLaren F1 selepas kenderaan itu terbabas dan
merempuh pokok.
Pemandu kereta itu hilang kawalan ketika sedang memecut dengan
kelajuan 240 batu-sejam sebelum merempuh pokok sehingga meyebabkan
kenderaan berkenaan terbalik.
Semasa kemalangan, Atkinson merupakan salah seorang daripada peserta konvoi permotoran yang melalui perkampungan Tuscany.
Dia bukan sahaja menyelamatkan lelaki itu tetapi turut membantu
memungut serpihan kereta sukan tersebut dan memberikan keterangan
sebagai saksi kepada polis.
Pemandu kereta sukan itu telah diterbangkan ke hospital di Pisa
menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pada 2011, Atkinson terselamat daripada maut selepas kereta sukan
miliknya juga jenis McLaren F1 terbabas dan merempuh pokok di
Northamptonshire.
Kereta kesayangannya mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan perbelanjaan sebanyak £910,000 untuk dibaik pulih.
Dengan perbelanjaan itu, kereta sukan Mr Bean telah direkodkan
sebagai kereta yang menelan kos tertinggi di Britain untuk diperbaiki
selepas terlibat dalam kemalangan. -Mstar