Mukhriz minta utamakan parti


Alor Setar – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir mengingatkan kepada semua pemimpin Umno – BN supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru untuk keluar daripada parti sekiranya menghadapi masalah melibatkan politik mahupun peribadi.

Kepentingan kepada rakyat dan parti perlu diberi keutamaan kerana mereka dipilih melalui pemilihan parti dan pilihan raya.

Krisis yang berlaku di negeri Terengganu dilihat sebagai satu pengajaran kepada semua pemimpin parti Umno-BN supaya berfikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan sebarang tindakan bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh mencemarkan nama baik parti yang banyak berjasa kepada masyarakat negara ini.

“Apa yang penting, pengajaran yang kita dapat pada perkara ini adalah kesetiaan kepada parti mestilah mengatasi segala-galanya," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman,  disini semalam.

Menurutnya lagi, setiap isu-isu yang dihadapi oleh para pemimpin tidak kira dari segi politik mahupun peribadi boleh diatasi melalui pendekatan yang wajar.

“Jadi saya fikir tak semudah itu untuk seorang pemimpin keluar daripada parti," katanya lagi.

Keadan politik di negeri Terengganu kembali tenang selepas berlaku kekecohan beberapa Adun BN bertindak keluar parti yang boleh mengakibatkan pembubaran dun berlaku kerana kedudukan BN yang menang tipis pada PRU 13 yang lalu. -KedahNews.com/mohd shahir shukor