Nadal hilang bisa di Itali


Rome, 19 Mei – Kelibat pemain tenis terkemuka dunia, Rafael Nadal tidak lagi digeruni apabila beliau selamba ditewaskan dengan mudah oleh musuh tradisinya, Novak Djokovic, di Kejohanan Tenis Terbuka Itali.

Walaupun hadir dengan rekod juara sebanyak 8 kali, ia jelas tidak membawa sebarang makna kepada Nadal apabila tumpas mudah kepada pemain dari Serbia tersebut. 

Bertarung selama dua jam 19 minit, Nadal yang berasal dari Sepanyol tewas dengan keputusan 4-6, 6-3 dan 6-3, yang memberikan kemenangan hatrik menerusi tiga kemenangan berturut-turut selain memaksa juara dunia itu bekerja keras sehingga ke akhir perlawanan.

”Ia agak memenatkan saya kerana sebelum perlawanan ini saya terpaksa melalui tiga perlawanan yang amat sukar minggu ini, ianya amat mencabar fizikal dan mental saya,” kata Nadal kecewa.

Djokovic yang juga merupakan Juara Terbuka Perancis 2014 pula menyifatkan kemenangannya di kejohanan berprestij di Itali itu merupakan “hadiah” buat warga Serbia yang masih murung akibat banjir besar di negara tersebut.

“Kejohanan ini merupakan hadiah  kepada penduduk negara saya yang masih lagi bersedih disebabkan bencana banjir teruk yang melanda Chennai, salah satu bandar di Serbia.”

Di dalam perlawanan akhir itu, Djokovic berjaya merapatkan rekod kemenangannya terhadap Nadal dengan empat kemenangan berturut-turut dari 17 perlawanan.- KedahNews.com/Si’ Is