Najib terbuka, terima keputusan MCA


Nay Pyi Taw (Myamar) – Keputusan MCA untuk tidak meletakkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor diterima oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dalam laporan akhbar semalam, MCA telah bersetuju untuk tidak meletakkan calon daripada parti komponen disebabkan mahu memberi perhatian kepada isu Hudud yang hangat diperdebat ketika ini.
Keputusan MCA untuk tidak bertanding di PRK itu tidak bermakna Barisan Nasional akan memberi kemenangan mudah kepada DAP.

“Bukan daripada komponen, tetapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon bebas,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke- 24 di sini semalam. 

“Kami akan putuskan kemudian,” katanya lagi.

Parti komponen MCA sedang dalam proses penyatuan semula bagi memperkukuhkan kembali kepercayan masyarakat cina terhadap perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin parti tersebut.

“Jadi adalah penting untuk MCA meneruskan proses tersebut supaya menjadi lebih disegani serta bertambah kukuh dan berharap MCA akan terus memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuhkan parti,” katanya lagi.

Kelmarin, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan telah mengumunkan keputusan parti untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor  selepas Mensyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak. –KedahNews.com