KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan
ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah,
Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah atas kemangkatan baginda
tengah malam tadi.
“Takziah kepada keluarga Tengku Bendahara Kedah, Tunku Annuar. Semoga
roh Almarhum ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah,” kata
Najib dalam catatan Twitter beliau hari ini.
Almarhum mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada jam 12.20 tengah malam.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengumumkan tempoh
perkabungan negeri itu selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27
Mei dan sepanjang tempoh itu, semua bentuk hiburan, keramaian serta
perayaan dibatalkan.
Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah itu,
hari ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri
Kedah. – BERNAMA