Baling, 26 Mei – Nasib dua buah
keluarga yang ditimpa musibah akibat kebakaran rumah mereka yang berlaku
baru-baru ini telah mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Baling, Dato’ Seri
Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengumumkan peruntukan segera akan dikeluarkan
bagi membantu membina rumah bagi keluarga terbabit.
Kedua-dua buah keluarga ini melahirkan
rasa syukur apabila mendengar pengumuman yang dibuat oleh ahli parlimen Baling
itu ketika melawat tempat kebakaran di Parit Panjang semalam.
Menurut Abdul Azeez, peruntukkan
segera akan dikeluarkan berjumlah RM60,000 ringgit bagi membantu keluarga
Rozinah Hamzah, 39, dan keluarga Jariah Omar, 73, untuk membina rumah yang
baharu untuk mereka.
“Perbincangan
akan dilakukan dengan semua pihak termasuk pemilik wakaf supaya kerja-kerja
pembinaan rumah ini berjalan lancar," katanya semalam.
Dalam
kebakaran yang berlaku pada 17 Mei lalu, Rozinah dan Jariah tinggal sehelai
sepinggang apabila rumah mereka di Madrasah, Charok Salang, Parit Panjang
hangus dijilat api kira-kira jam 5.40 pagi.
“Pihak
kami akan cuba menyelesaikan masalah kehilangan dokumen penting mangsa seperti
kad pengenalan, buku akaun Tabung Haji, pakaian sekolah dan lain-lain agar
beban yang dialami mangsa akan berkurangan," katanya lagi.
Abdul
Azeez berkata, Biro Kebajikan Umno Bahagian Baling akan sentiasa cuba membantu
rakyat dikawasan ini dengan segera sekiranya mereka ditimpa musibah atau
masalah. -KedahNews.com