Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui
kegagalannya menggayakan fesyen pada majlis anugerah Meletop terbitan Astro
pada Februari lalu sehingga dikecam pelbagai pihak membuatkan dia lebih
berhati-hati dalam memilih fesyen pakaian sebelum menghadiri sesebuah majlis.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd
Noor, 25, berkata, kritikan yang diterima itu membuatkan dia lebih matang dalam
memilih baju yang ingin digayakan terutamanya pada majlis-majlis besar.
"Fesyen itu subjektif, fesyen boleh
mengangkat artis untuk menjadi seorang ikon dan sebaliknya mampu menjatuhkan
imej mereka juga.
"Saya tidak rasa bersalah kerana
kesilapan berfesyen pada majlis anugerah Meletop tempoh hari kerana bagi saya
jika ramai yang kritik ia akan lebih mematangkan saya," katanya kepada
media.
Neelofa berkata demikian ketika ditanya
tentang gaya busananya pada majlis pelancaran hlive! Isnin lalu yang lebih
sopan rekaan khas oleh Rosix Wanpa. -UtaraNews.com