Orang ramai marah Sami minum kopi?


Singapura, 20 Mei - Bagi penganut agama Buddha, seorang sami hendaklah hidup secara sederhana dan kehidupan sami tidak boleh sama dengan kehidupan orang biasa.

Sami Buddha hanya boleh makan sebanyak satu kali sehari iaitu pada jam 12.00 tengah hari. Selepas itu, mereka akan berpuasa dan hanya minum air sepanjang hari.

Sekeping gambar dua orang sami Buddha dilihat sedang minum secawan kopi yang beredar di laman sosial menjadi topik hangat di Singapura semalam.

Dalam gambar tersebut kelihatan dua orang sami melepak di sebuah kafe di Tyrwhitt Road sekitar jam 4 petang dengan cawan berisi kopi mahal dan piring makanan kosong di sisi mereka.

Difahamkan, kopi ais yang diminum sahaja sudah berharga $7 (RM22.50)

Mungkin bagi penganut agama lain, tindakan dua orang sami berkenaan adalah perkara biasa tapi bagi penganut agama Buddha perbuatan itu adalah salah.

Hal ini membuatkan ada pihak yang menganggap individu tersebut mempunyai sebab berpakaian begitu dan bukan sami sebenar.

Tidak hairanlah jika tindakan tersebut dilihat untuk meraih keuntungan kerana di zaman sekarang ada banyak pihak sanggup menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka sendiri. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor