Kuah, 20 Mei – Pihak
Polis DiRaja Malaysia Berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing
berusia 24 kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 760 gram bernilai
RM38,000 dalam satu operasi khas di Taman Nilai disini, baru-baru ini.
Dalam operasi
narkotik itu, pihak polis juga berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 23
tahun dipercayai rakan pasangan suspek.
Serbuan dibuat
oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Cawangan Langkawi menerusi Ops
Pencegahan Khas Kontinjen Kedah kira-kira jam 1.15 tengah hari pada 13 Mei
lalu, diketuai seorang pegawai dan tujuh anggota BSJN.
Ketiga-tiga
mereka dipercayai sedang menonton televisyen ketika serbuan dijalankan.
Ketua Polis
Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah berkata, pemeriksaan di
dalam rumah sewa berkenaan, menemui sebuah kotak di dapur berisi 10 paket kecil
bahan disyaki dadah jenis heroin.
“Kita percaya mereka menjual secara kecil-kecilan dan pelanggan mereka adalah di sekitar Langkawi,” katanya.
“Kita percaya mereka menjual secara kecil-kecilan dan pelanggan mereka adalah di sekitar Langkawi,” katanya.
Ketiga-tiga
tertuduh boleh disabitkan dengan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar
dadah. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Sumber: Sinar Harian