Kuala Lumpur, 20
Mei – Sharifah Sakinah terus mencetuskan kontrovesi apabila memuat naik sekeping gambar
t-shirt yang berimej gambar payudara di
laman Instagramnya.
Menurutnya,
gambar yang di muat naik itu bukanlah bertujuan untuk mencari publisiti tetapi
untuk menyokong kempen kanser payudara yang sebelum ini dimuat naik oleh
pelakon luar negara, Jessica Alba di laman Instagramnya pada tahun lalu.
“Foto itu
berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat
sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya. Ia hanyalah tujuan
untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun
padamkannya,” katanya ketika dihubungi media semalam.
Sakinah
menegaskan bahawa baju-t yang di muat turun itu bukanlah satu produk
keluarannya.
“Itu bukan
produk saya! Produk saya hanya ada dua saja,” katanya yang turut mempromosikan
dua baju-t keluaran syarikatnya, Active, yang menjadi bahan kritikan
masyarakat.
Sebelum ini,
Sakinah dikritik hebat apabila mengeluarkan baju yang tertera tulisan ‘Cantik
Tak Bontot Saya’ dan ‘Joging sampai kentut’ kerana dilihat seperti
kebudak-budakan oleh segelintir masyarakat di negara ini.
Kritikan dan
sindiran yang diterima tidak mematahkan semangatnya kerana apa yang cuba
dilakukan adalah untuk memasarkan produk keluarannya.
“Bagi siapa yang
nak beli, beli. Siapa yang tak nak beli, terpulanglah. Bagi saya, kalau sesuatu
benda itu bagus, orang akan ingat. Kalau ia tak bagus, lagi orang akan
ingat.
“Lebih banyak
orang kutuk, lagi ramai join ‘fitness’ saya. Lagi ramai yang beli produk saya.
Saya buat fitness ni pun sebab nak cari duit lebih. Jadi saya tak kisah orang
nak cakap apa,”
“Saya buat
begitu untuk memasarkan produk saya dan ia bukan lucah pun,” katanya yang kini
semakin aktif dengan program senamannya yang dikenali dengan nama Fitness
Sakinah.
Produk Sharifah
Sakinah Active akan dilancarkan pada bulan Jun lebih kepada cara penjagaan muka
dan badan untuk mereka yang aktif bersukan. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor