Pelajar mengadu payudara diramas Ustazah


Jertih – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga mendakwa telah dicabul oleh seorang ustazah di sebuah sekolah di daerah ini pada jumaat lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9 pagi ketika mangsa sedang menunggu kehadiran bapanya ke sekolah bagi membincangkan masalah mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar perempuan lain sehari sebelum mangsa dicabul.

Mangsa difahamkan sedang menunggu bapanya disebuah koridor sebelum terserempak dengan ustazah tersebut yang pada mulanya menegur cara pemakaian tudung mangsa selain bertanyakan mengenai kejadian mangsa dipukul pada hari khamis yang lalu.

Mangsa mendakwa buah dadanya telah diramas oleh ustazah berkenaan ketika sedang memeriksa tudung yang dipakai oleh mangsa. 

“Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa mengenai kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Ustazah yang didakwa mencabul pelajar tersebut turut membuat laporan polis berkaitan kejadian yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi telah mengesahkan menerima laporan tetapi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menunggu laporan siasatan selesai sebelum memberi apa-apa maklumat berhubung kes berkenaan. –KedahNews.com

*Gambar hiasan