Pemilik Manchester United meninggal dunia


United, 29- Pemilik kelab pasukan bola sepak Manchester United (MU), Malcom Glazer, 86, dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi rabu.

Glazer disahkan meninggal  dunia disebabkan penyakit strok yang dialaminya baru-baru ini.

Pemilik kelab MU ini yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat mula mengambil alih sebagai pemilik kelab itu pada tahun 2005 dan pada pernah dikriktik oleh peminat-peminat Red Devils pada tahun itu kerana pasukan mereka mempunyai bebanan hutang yang banyak.

Kematian Glazer telah diumumkan di laman web The Buccaneers, sebuah francais NFL yang turut dimilikinya.

Menurut jurucakap kelab itu,kematian Glazer tidak akan menjejaskan pemilikan terhadap pasukan Liga Perdana Inggeris itu kerana keluarga tersebut mempunyai pegangan saham sebanyak 90%.

“Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Glazer. Doa kami bersama mereka,” kata jurucakap United. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor