Penjara Seumur Hidup Kerana Panjat Pagar DUN

Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap sekumpulan lelaki yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu lalu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar) berkata hukuman sedia ada yang memperuntukkan penjara dua tahun tidak mencukupi selain tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

Beliau mahu mencadangkan dua seksyen yang memperuntukkan hukuman setimpal iatu Seksyen 121B yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan Seksyen 124B yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

dunppkecoh 
Alasannya supaya tindakan yang diambil pihak yang merempuh masuk DUN minggu lalu tidak akan dilupa sekali gus agar mereka tidak terlintaspun untuk mengulangi perbuatan sama.

“Kami akan cadangkan pada polis supaya peguam negara mengambil kira seksyen-seksyen itu,” katanya dalam sidang akhbar di George Town, Rabu.

Rabu lalu, sekumpulan lelaki terdiri ahli-ahli UMNO  dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk mencari Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer yang mengatakan “UMNO Celaka” pada persidangan Dewan.