Kemarau 21 tahun untuk Malaysia raih
Piala Thomas nampaknya berpanjangan dek kekalahan mengejut pasukan
negara kepada Jepun; negara yang pernah menghalang Anwar Ibrahim masuk.
Mungkin semangat “menghalang” itu telah membuatkan para pemain badminton Jepun kental jiwanya untuk mengalahkan Malaysia.
Apa lagi yang mampu kita lakukan, kerana
kelihatan ada watak “penumpang” dalam skuad kita kali ini. Biarlah BAM
yang tentukan akan strategi seterusnya, kerana mereka lebih mahir
berbanding pemerhati seperti penulis ini.
Sebagai cadangan, BAM boleh memulakan
untuk mengadakan siri demonstrasi jalanan dek kekalahan semalam kerana
jelas kemenangan untuk rakyat Malaysia “dirampas” oleh sistem yang berat
sebelah, korup dan tidak telus.
Apa tidaknya, jika dikira dari keseluruhan markah yang dimenangi Malaysia, kita meraih 242 mata berbanding Jepun iaitu 234.
Tentunya Datuk Lee Chong Wei menyumbang
mata terbesar kepada Malaysia dengan kemenangan 21 – 12 dan 21 – 16
dengan meraih lebihan mata popular sebanyak 14. Ia diikuti dengan Goh V
Shem – Tan Wee Kiong yang menang 19-21, 21-17 dan 21-12 sekaligus
menyumbang 11 mata popular.
Jika kesemua keputusan perlawananan
dicampurkan, Malaysia meraih kelebihan 8 mata popular dan seharusnya
kita lah pemenang mutlak pada kejohanan yang berakhir semalam.
Mata popular ini menyaksikan BAM
mempunyai “ultimatum” dan “kredibel” untuk membuat bantahan, samada
bertulis atau di jalanraya. Tetapi, demi demokrasi, penulis sarankan
agar demonstrasi jalanraya dibuat di seluruh kedutaan Jepun. Menghantar
Anwar Ibrahim sebagai wakil negara juga mungkin boleh dijadikan sebagai
salah satu cara untuk menyatakan bantahan.
Almaklumlah, Anwar Ibrahim serta
kuncu-kuncunya cukup bijak dalam isu populariti ini. Mungkin hujah
berkenaan undi popular boleh diterjemah kepada mata popular agar
dimanipulasi dan digunakan sebaik mungkin untuk meraih apa yang jelas
hak milik Malaysia semalam.
PAS sudah boleh mengeluarkan arahan
kepada ahlinya untuk bersedia turun berdemo melalui surat rasmi parti
itu, seperti yang sering diamalkan pada acara-acara demo sebelum ini.
Jangan lupa gunakan topeng Ultraman,
Sailor Moon atau Ksatria Baja Hitam sewaktu berdemo nanti, untuk
mengelakkan wajah anda dikesan dan seterusnya tidak dibenarkan masuk ke
Jepun.
#Mohon terasa
Sumber: Mykmu.net