Mekah, 29 Mei – Seorang anggota
polis Mekah bakal dihadapkan ke Mahkamah di sini atas kesalahan bersikap biadap
apabila menyandarkan badannya sambil meletakkan sebelah kaki yang berkasut di atas dinding Kaabah.
Tindakannya itu dianggap sebagai
satu perbuatan yang tidak menghormati kesucian Kaabah.
Susulan kejadian itu, Gabenor
Mekah, Putera Mishal Abdullah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden tersebut.
Menurutnya lagi, jika disabitkan
kesalahan, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap tingkah laku berkenaan
dan mahu anggota polis itu diambil tindakan displin kerana gagal menjaga
kesucian Kaabah.
Dalam pada itu, media Arab Saudi
melaporkan tindakannya itu mendapat kecaman dan cemuhan oleh orang ramai yang
terkejut melihat insiden yang telah dimuatkan didalam sebuah laman sosial. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor