Premis khidmat seks cabar pihak berkuasa

Petaling Jaya – Sebuah premis pusat hiburan seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila terus beroperasi dan menyediakan perkhimatan seks kepada pelanggan walaupun telah dua kali diserbu pihak berkuasa.

Mengikut laporan yang telah dibuat, premis berkenaan telah diserbu sebanyak dua kali kerana menyediakan perkhimatan gadis pelayan (GRO) serta turut menyediakan khidmat seks kepada pengujung premis berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah bertindak menyerbu premis berkenaan sekali lagi pada jam 11.30 malam semalam yang telah dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebelum menahan 34 GRO warga Thailand serta warga tempatan.

“Dari 34 GRO terbabit 16 wanita warga Thailand manakala 18 warga tempatan berusia antara 22 tahun hingga 38 tahun telah berjaya ditahan dan premis berkenaan tidak mempunyai lessen,” kata Ketua Operasi Asisten Superintendan, Mohd Nazri Daud.

Ketika serbuan dilakukan terdapat 50 pengunjung sedang leka berhibur di pusat hiburan berkenaan yang mula beroperasi sekitar jam 6.00 petang hingga 4.00 pagi.

Beliau berkata, empat warga Thailand yang ditahan tidak mempunyai pasport dan kesemua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk berkerja sebagai GRO dinegara ini.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan,”katanya lagi.

Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Semua yang ditahan kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Sumber asal: MyMetro