Rakaman CCTV Mahasiswi Malaysia selepas dirogol tersebar

Indonesia, 28 Mei – Stesen berita di sini telah menyiarkan video mengenai penuntut Malaysia yang telah dirogol oleh tiga lelaki  pada 17 Mei yang lalu meminta pertolongan selepas kejadian yang berjaya di rakam menerusi kemera litar tertutup (CCTV) sebuah restoran.

Kejadian yang dilaporkan sebelum ini mengenai seorang penuntut Malaysia yang mengambil jurusan kedoktoran di Universiti Padjadjaran, Bandung diculik oleh tiga lelaki ketika mahu mengeluarkan wang di sebuah ATM berhampiran rumah sewanya.

Ketiga-tiga lelaki itu telah bertindak merogol mangsa di dalam kenderaan yang dipandu sebelum meninggalkannya di sebuah tempat kereta RM Grafika, Tangkuban Perahu.

Selain dirogol, mangsa juga turut disamun oleh ketiga-tiga penjenayah itu yang bertindak mengambil wang tunai, telefon bimbit, dan komputer riba sebelum di tinggalkan 40 kilometer dari tempat dia di culik.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 2.06 minit itu, kelihatan kereta penjenayah yang memecut laju selepas meninggalkan mangsa di sini.

Mangsa juga dilihat sedang berjalan dengan keadaan terhuyung hayang sambil meminta pertolongan dan kemudian diselamatkan oleh pasangan suami isteri yang membawanya ke hospital.


Semoga rakaman video ini dapat membantu pihak berkuasa di sana mengenal pasti penjenayah-penjenayah yang terbabit supaya segera ditangkap . –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor