Kejadian dilaporkan berlaku pada 20 Mei lalu di sebuah rumah di Ketereh, Kelantan, pukul 7.30 malam.
Di bawah adalah ringkasan laporan polis mengenai kejadian berkenaan:
Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai,
pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama Mira yang meminta
tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke
rumah.
Pengadu hubungi rakan nama Iwan yang tinggal di Ketereh
kerana pengadu tiada kenderaan. Iwan telah jemput pengadu dari Kuala
Krai dan mereka berdua jumpa rakan Mira nama Alif di Ketereh.
Alif
telah bawa pengadu dan Iwan ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi
semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada Mira dalam rumah
tersebut.
Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah
itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan Iwan dan paksa mereka
duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai
lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa Mira dan
pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur.
Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.
Kemudian
pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan
menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian
kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal Iwan.
Iwan memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki.
Mira
naik m/sikal bersama Alif dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak
pulang ke rumah tetapi Iwan tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi
keluarga pengadu.
Iwan telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama Pok Wa.
Di
sana, pengadu telah dijaga oleh emak Pok Wa dan pada suatu hari,
pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang
perogolnya, iaitu bapa saudara Pok Wa.
Pok Wa telah menyuruh
pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya
yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan.
Pengadu hanya tinggal di rumah Pok Wa sehingga 24/05/2014.
Pada
24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan
mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya
berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran.
Ibu
dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji
Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi
25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian
kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk
pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis.
4/ Tindakan/Hasil siasatan
•Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di Kuala Krai dan bersekolah di SMK Bandar Kuala Krai, Kn. Ayah pengadu seorang peniaga roti canai manakala ibunya surirumah sepenuh masa.
•Pengadu
selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan
lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan
boleh masukkan satu jari dengan mudah ke dalam vagina. Terdapat kesan
geseran pada posterior fourchette dan kesan lebam pada labia minora
genitalia mangsa. Terdapat juga kesan koyakan (anal fissure) pada jam 7
anus mangsa.
•Maklumat saspek telah diperolehi daripada pengadu
dan selepas mesyuarat projek bersama Tn KBSJD, saya telah salurkan
maklumat kepada anggota CPJ IPD Kota Bharu, L/Kpl 165819.
Tangkapan akan
dibuat ke atas saspek yang telah dikenalpasti secepat mungkin.
Sumber: Mynewshub.my