GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer sekali
lagi mengulangi pendiriannya tidak akan memohon maaf dan menarik balik
perkataan 'Umno celaka' yang dikeluarkannya pada persidangan Dun, Selasa
lepas.
Beliau berkata perkataan 'celaka' itu hanya membawa maksud 'damn it' dan bukan menggelar beberapa pemimpin Umno sebagai 'haram jadah'.
Beliau berkata perkataan 'celaka' itu hanya membawa maksud 'damn it' dan bukan menggelar beberapa pemimpin Umno sebagai 'haram jadah'.
"Perkataan itu hanya bermaksud 'damn it'.
"Selain itu, perkataan celaka
itu saya hanya tuju kepada tiga pemimpin Umno iaitu Datuk Musa Sheikh
Fadzir, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shahbudin
Yahaya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Semalam, sekumpulan lelaki yang mengaku sebagai ahli Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama Dun Pulau Pinang untuk mencari Rayer yang mengatakan 'Umno celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Rayer berkata beliau terkejut dengan tindakan itu dan tidak menyangka
mereka mencarinya sehingga berani menceroboh Dun. - Bernama