SAMSENG DAP MENGAMUK DI GELUGOR?

Kem DAP yang ketuai oleh RamKarpal nampaknya telah bermain kotor dalam proses berkempen di PRK Bukit Gelugar apabila mula melakukan tindakan keji dengan merosakkan Bilborard-bilboard kempen calon dari PCM, Datuk Huan Chen Guan.

Beberapa Bilboard kempen PCM di sekitar Bukit Gelugor yang mengfokuskan kepada pembangunan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah telah dirosakkan oleh pihak yang kurang senang dengan isu yang cuba diketengahkan oleh Datuk Huan.

Pihak yang melakukan hal ini jelas sekali berang dengan isu yang diketengahkan oleh pihak PCM kerana rakyat di P.Pinang khususnya Melayu dan dan lain-lain kaum yang berpendapatan rendah sudah maklum bahawa bilangan perumahan sederhana dan rendah di negeri ini sangat sedikit bilangannya

Yang pesat membangun hanyalah rumah-rumah mewah yang secara jelas menguntungkan pihak yang kaya sahaja. 

Hal ini telah membuktikan bahawa perjuangan DAP pimpinan Lim Guan Eng membela rakyat berpendapatan rendah di P.Pinang di mana majoritinya Melayu hanya satu retorik palsu sebelum PRU.-UtaraNews.com