Memetik sebuah temubual ringkas media bersama calon DAP bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tidak ragu-ragu untuk mengaku bahawa status dirinya masih "single" dan belum berpunya.
Menjawab soalan media yang bertanya tentang status peribadinya, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP itu mengangguk tanda setuju bahawa dia masih tidak punya kekasih.
Ia seolah-olah memberi ruang pada calon PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal, untuk memulakan "misi mencari isteri". Lagipun, anak mendiang Karpal Singh itu baru-baru ini mengaku masih bujang dan ada meminta Wanita DAP carikan isteri untuknya...
Selain itu, Dyana juga mendedahkan bahawa dia merupakan seorang "hantu coklat". Pendedahan ini juga mampu memberikan "tips tambahan" pada Ramkarpal atau mana-mana jejaka yang berkenan untuk menghadiahkan coklat pada gadis DAP itu dalam proses memikat!
Menjawab mengenai masakan kegemarannya, anak gadis "peliharaan" Kit Siang itu juga memberitahu dia gemar pada gulai lemak pucuk ubi dan sambal tumis.
Namun untuk menjaga kelangsingan tubuh dan kesihatan diri, Dyana yang sering sebok dengan aktiviti politik DAP sering meluangkan masa melakukan senaman di gimnasium selama 2 jam dan mendapatkan rawatan di spa.
Apapun, Ramkarpal atau mana-mana lelaki yang berminat untuk memikat Dyana perlu berhati-hati memandangkan dia sedang berjinak-jinak dengan sukan lasak, Muay Thai, atau lebih dikenali sebagai sukan "tomoi" di sebelah utara semenanjung.
Biarpun mengaku masih di tahap "beginner", mungkin pukulan siku dan tendangan betisnya mampu membuat anda patah atau bengkak-bengkak teruk!
Dyana Sofya juga memberitahu bahawa dia gemar berpakaian "ala Urban-Chic" ("anak ayam" moden) dengan mengenakan jeans dan baju-t selain memiliki koleksi baju kurung kain songket di rumahnya.
Berbeza pandangan dengan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang menganggap bekas pegawai British seperti Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra sebagai "pro-penjajah", Dyana pula menganggap bapa kemerdekaan itu sebagai idolanya.
Dyana berkata, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang percaya pada perjuangannya menuntut kemerdekaan dan layak diiktiraf sebagai "bapa kemerdekaan" berbanding Mat Sabu yang menuduh bekas Perdana Menteri itu sebagai pengkhianat kerana sanggup bersekongkol dengan British untuk membunuh Mat Indera dalam insiden Bukit Kepong.
Akhirnya, calon DAP itu juga mengaku agak takut berhadapan dengan pihak media dan tertekan dengan suasana "panas", khususnya apabila dicalonkan mewakili parti yang terkenal dengan sifat "chauvinis ultra kiasu" itu.
Namun Dyana Sofya berharap agar senior-senior dalam DAP akan membantu dirinya menghadapi tekanan tersebut. Situasi itu menjelaskan bahawa calon parti pembangkang itu tidak yakin pada keupayaan diri, apatah lagi untuk membantu rakyat di Teluk Intan, bukan?
Selamat mengundi orang Teluk Intan! -KedahNews.com