SEQOCI fesyen muslimah anggun

FESYEN pakaian muslimah semakin menjadi trend pada masa kini. Justeru, kewujudan Seqoci sebuah butik atas talian sejak April 2013 adalah tepat pada waktunya. 

Pengarah Pemasaran Seqoci, Sabreena Hadi berkata, pada tahun ini mereka memberi tumpuan kepada produk yang dikonsain daripada pengedar yang terpilih. Mereka memberi tumpuan kepada jenama tempatan untuk pasaran tempatan. 

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak bertudung juga boleh tidak terkecuali untuk mencuba pakaian eksklusif keluaran butik Seqoci kerana keunikkan kainnya yang selesa dipakai.

Bukan itu sahaja, tetapi pelanggan Seqoci juga ditawarkan khidmat 'make over' dan 'mix and match'.



"Kami sentiasa menerima maklum balas daripada pelanggan, dan kami memperbaiki kaedah pemasaran kami. Seqoci juga ada menjual pakaian yang sesuai untuk digunakan ketika bersolat.

"Alhamdulillah, koleksi kami juga telah mula dijual. Banyak 'colour blocking' dan warna pastel. Masih lagi mengekalkan konsep peplum namun ia sudah diubahsuai dengan gaya yang lebih moden," katanya.

Jelasnya, pada masa akan datang, pihaknya juga akan menjual 'dress labuh' dengan rekaan eksklusif pengurusan Seqoci sendiri. 



"Kami ada juga menjual aksesori dan tas tangan yang diperolehi daripada beberapa jenama tempatan yang lain, dengan harga serendah RM 12 untuk butang pin keluaran Batik Suri dan setinggi RM 500 untuk tas tangan keluaran Adila Long. 

"Polisi pemulangan selama 30 hari turut ditawarkan kepada pelanggan yang mempunyai masalah saiz yang tidak bersesuaian," katanya.  
 
Seqoci turut menaja pakaian program untuk 'Mad Market' dan AF Buzz.

Mereka yang berminat dengan fesyen keluaran jenama ini, boleh melayari laman web www.seqoci.com