GEORGETOWN – Pengumuman calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan yang
dibuat semalam dianggap lakonan biasa oleh pemimpin tertinggi parti itu.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya berasa simpati dengan Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, kerana membiarkan dirinya diperalatkan.
“Pelantikan itu dianggap sekadar lakonan. Seperti biasa, pemimpin DAP penuh dengan lakonan. Saya kasihan dan simpati dengan calon itu kerana dia telah dipermainkan.
“Saya juga kasihan kerana dia sanggup membiarkan dirinya menjadi alat dan boneka kepada DAP. Keterbukaan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon mereka bagi PRK Parlimen Teluk Intan hujung bulan ini dilihat hanya kosmetik dalam menggambarkan parti itu tidak bersifat cauvinis,” katanya kepada media di Menara Umno, Jalan Macalister, di sini semalam.
Shahrizat mendakwa, semua maklum perjuangan DAP yang bersifat cauvinis dan tidak kisah dengan calon yang diketengahkan parti itu.
“Siapa pun calon mereka, itu bukan satu cabaran. Kita semua tahu perjuangan DAP bagaimana," katanya.

Sumber: Sinar Harian