Pelakon seksi, Zila Bakarin, kembali menghangatkan suasana hiburan tanah air bila muncul dengan gaya yang sungguh menonjol dan mengejutkan ramai pihak pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014, baru-baru ini.
Menyerlah mengenakan busana rekaan Syafiq Aiman yang dipakainya di malam kemuncak malam anugerah tersebut, Zila yang sebelum ini sering mencetus konroversi dilihat terlalu seksi dengan belahan kain hadapan yang sungguh menggoda..
Ekoran itu, ramai pihak yang tampil mengecam tindakan Zila yang menggunakan busana tersebut yang disifatkan seksi melampau kerana menampakkan sebahagian besar pehanya, khususnya di kalangan penggiat media sosial.
Menyedari kritikan dari para peminat tersebut, Zila menjelaskan bahawa busana yang dipakai ketika malam anugerah tersebut amat selesa dengan dirinya dan bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.
Menurut laporan media, Zila memberitahu suaminya turut memberikan kebebasan untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidaklah keterlaluan untuk digayakan pada malam tersebut.
"Apabila busana itu siap saya juga menggayakannya depan suami dan anggota keluarga lain pada sesi ‘fitting’. Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan.
"Pada mulanya, busana itu lebih seksi dan terbelah hingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata." kata pelakon yang terkenal dengan imej seksi itu.
Selain itu, Zila turut mengaku dia pada mulanya rasa was-was untuk memuat naik foto busana berkenaan ke laman sosial Instagram, tetapi apabila dia berbuat demikian, peminatnya turut menyokong penampilan tersebut.
"Pada mulanya, saya takut untuk meletakkan gambar busana yang dipakai pada malam kemuncak itu di Instagram. Namun, ternyata pengikut saya sangat ‘sporting’ dan menyokong penampilan saya itu kerana ia nampak cantik dan sesuai dengan imej saya.
"Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang tetapi saya sangat menjaga hati 50,000 penyokong dan peminat saya di Instagram yang sentiasa menyokong karier saya sejak dulu," katanya lagi, mempertahankan diri dengan imejnya itu.