Syabas Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim!

Syabas dan pujian wajar diberikan kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim yang berjaya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan baik.

Walaupun berjawatan tinggi, Ahmad tidak kisah untuk turun padang dan mengambil tugas pegawai polis biasa bagi mengawal lalu lintas.

KedahNews.com difahamkan bahawa beliau secara spontan menjalankan tugas ini ketika pasukan PDRM Kedah berhenti rehat di Plaza Tol Sg Dua Arah Selatan, sebelum meneruskan perjalanan konvoi menuju ke Lumut, Perak, baru-baru ini.

Beliau mula menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Kedah sejak 16 Disember 2010 lalu bagi menggantikan Datuk Syed Ismail Syed Azizan. -KedahNews.com