Tahniah! Mak Mah selamat bersanding kali ke-4...!

Tidak terlewat rasanya bagi KedahNews.com untuk mengucapkan tahniah dan selamat pengantin "baru" sekali lagi kepada Ruminah Sidek, 68, atau lebih dikenali dengan panggilan "Mak Mah" yang melangsungkan perkahwinannya pada pagi semalam.

Mak Mah selamat diijabkabulkan dengan seorang peneroka Felda, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dan pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang.

Perkahwinan Mak Mah kali yang ke-4 ini menyaksikan beliau menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan  tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

Untuk rekod, merupakan bekas isteri pelakon dan lagenda komedi terkenal, Allahyarham AR Tompel dan dikurniakan seramai enam orang anak, 20 cucu dan enam cicit dari perkahwinan dengan suami-suaminya yang terdahulu.

Antara anak Mak Mah yang dikenali ramai ialah pelakon dan pengarah popular, Adlin Aman Ramli.

Dilaporkan seramai 3,000 tetamu telah hadir memeriahkan majlis persandingan Mak Mah - Al-Fatah yang sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu, tidak lama selepas mereka bertemu di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah.

Selain itu, Mak Mah sempat meluahkan rasa syukur dan gembiranya atas perkahwinan tersebut serta memohon agar seluruh peminat beliau mendoakan kebahagian mereka berdua sehingga ke akhir hayat.  -KedahNews.com