Petaling Jaya –
Belum reda isu payudara yang dikecam oleh segelintir pengikutnya, kini pelakon,
Tasha Shila sekali lagi menerima pelbagai komen negatif yang dilemparkan
pengikut-pengikut di laman sosialnya terhadap hubungan cinta bersama
kekasihnya, Han Chen Wong.
Tasha Shila atau
nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27 tahun, mengakui dirinya amat
tertekan apabila hubungan bersama kekasihnya itu telah dikecam hebat oleh
peminat-peminat yang terus memberi komen negatif berunsur penghinaan terhadap
hubungan mereka.
“Saya memang
tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya
block kerana bersikap kurang ajar.
“Saya tidak
perlu menjaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal
hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami,” katanya kepada
media ketika dihubungi semalam.
Tasha berkata
demikian ketika mengulas mengenai kritikan dan komen negatif yang sering
dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman social instagram setiap kali dia
memuat naik gambar bersama kekasihnya.
Amaran jaga
telah diberikan kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen
negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya dilaman sosial berkenaan.
Sementara itu,
Tasha yang merancang untuk berkahwain pada tahun hadapan mengakui sedang di peringkat
memahami dunia masing-masing kerana mereka berbeza haluan dalam bidang kerjaya.
“Pada awalnya
dia agak rimas dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan
dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya lagi. -KedahNews.com