Penyanyi
cilik dari Indonesia iaitu Tegar yang pernah hidup miskin mendedahkan
kehidupannya selepas bergelar artis turut berliku apabila ditipu oleh
bekas pengurus sendiri.
Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 13, berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia tidak dapat merasai wangnya sendiri selain hanya diberi makan tauhu dan tempe.
“Sumber kewangan saya disekat. Malah saya diberi makan tauhu dan tempe sahaja seperti ketika saya mula-mula menjadi penyanyi jalanan dahulu.
Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 13, berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia tidak dapat merasai wangnya sendiri selain hanya diberi makan tauhu dan tempe.
“Sumber kewangan saya disekat. Malah saya diberi makan tauhu dan tempe sahaja seperti ketika saya mula-mula menjadi penyanyi jalanan dahulu.
“Malah, saya tidak dapat membeli apa-apa
benda yang diinginkan kerana bekas pengurus itu tidak memberikan wang
kepada saya. Kononnya mahu saya berjimat dan sentiasa ingat asal
usul. Tetapi wang hasil titik peluh saya, semua dia ambil.
“Mujurlah
saya bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu
saya lari daripada bekas pengurus tersebut,” katanya.
Tegar ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul Kemana Kasih Sayang di Hotel Seri Pacific di sini pada Rabu.
Sebelum ini lagu nyanyiannya iaitu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang merupakan antara lagu hit di negara ini.
Sementara
itu, pengurus barunya yang bernama Arif Dollah berkata, selepas
mendapat tahu mengenai masalah Tegar, dia telah ‘melarikan’ penyanyi itu
ke Bandung selama seminggu dan kemudian meminta Tegar untuk dilepaskan.
“Selepas membaca semula kontrak Tegar, ia didapati tidak sah dan hal tersebut membuatkan masalah itu lebih mudah diselesaikan.
“Dua bulan lalu, saya larikan Tegar ke Bandung sehinggalah pengurus itu membuat keputusan untuk tidak menguruskannya lagi.
“Dan
sekarang ini, barulah Tegar dapat merasa wang hasil daripada titik
peluhnya dengan membeli sebanyak dua buah motosikal KTN Motorcross
selain membeli beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya,” kata
Arif.
Malah Tegar juga membeli tiga gitar akustik dan tiga buah lagi ukulele untuk digunakan ketika membuat persembahan.
Mengenai album kedua Tegar di bawah label Hapro Records, ia memuatkan sebanyak tujuh buah lagu iaitu Indah Pada Waktunya, Gitar Kecil, Sekeping Recehan, Aku Masih Tegar, Tak Boleh Sombong, Lihat, Dengar Dan Rasa serta Kemana Kasih Sayang.
“Dalam album ini, saya masih membawakan lagu mengenai diri saya yang masih sama seperti dahulu.
“Saya mahu semua tahu bahawa diri ini akan sentiasa mengingati asal usul,” ujarnya.
Album Kemana Kasih Sayang akan diedarkan di bawah syarikat Media Asia Production Sdn Bhd (MAP).