Dunia Islam sebelum ini begitu kecoh apabila wujud dakwaan mengatakan bahawa dunia ini akan kiamat sekiranya umat Islam berhenti mengerjakan ibadat tawaf dan solat.
Malah dakwaan yang dipercayai tersebar meluas sejak tahun lepas itu masih "viral" sehingga kini. Pakar motivasi Islam terkenal, Prof. Dr Muhaya Mohamad misalnya pernah memuat naik info teori tersebut di laman sosial Facebooknya pada 22 Jun 2013.
NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic.
Menurut hasil penelitian dari 15 University : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada.Beberapa astronout yang di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah,Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya.Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
"Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, Sholat, Thawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu."Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Thawaf Haji dan Umroh.Sekarang anda mempunyai 2 pilihan.
i) Biarkan superb info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca..
ii) menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'fowardkan' supaya orang lain dapat ikut terinpirasi "Subhanallah"
Ironinya, teori sedemikian mendapat perhatian ramai umat Islam di dunia. Ada yang takjub dan percaya sehingga membantu serta menyebarkan teori tersebut. Manakala ada pula yang mencebik bibir tanda tidak bersetuju dan menganggap teori tersebut sebagai "gila".
Bagi yang tidak bersetuju, antara hujah ilmiah yang mereka bangkitkan ialah Hajarul Aswad hanya diletakkan di Kaabah ketika dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS.
Kata mereka, dunia tidak kiamat meskipun Kaabah dan Hajarul Aswad yang dikatakan sebagai "semi-konduktor" belum terbina ketika itu. Dari itu, mereka berhujah bahawa teori berkenaan tidak benar sama sekali.
Kata mereka lagi, ada beberapa ketika menunjukkan tiada seorang pun umat Islam yang tawaf di Kaabah sama ada sebelum Baitullah itu dibina mahupun ketika banjir besar melanda Kota Makkah pada tahun 1941 dahulu, namun bumi ini masih berputar dengan kehendak Allah SWT.
Walau bagaimanapun, hujah berkenaan cuba dipatahkan dengan hujah ringan yang mendakwa meskipun secara zahirnya tiada manusia yang bertawaf mengelilingi Kaabah, namun "kitab-kitab" yang dibaca menjelaskan bahawa para Malaikat tetap bertawaf di kawasan tersebut.
Mereka yang menyokong teori berkenaan juga mendakwa bahawa para Malaikat sudah lama diperintahkan Allah untuk bertawaf di kawasan terbinanya Kaabah itu sebelum Baitul Ateeq itu dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Apapun teori atau "fatwa" yang dinyatakan berkenaan isu ini, KedahNews.com menasihatkan agar umat Islam merujuk terlebih dari dari kalangan ulama muktabar sebelum mencapai konklusi bersetuju atau tidak dengan teori yang dikatakan pernah dikeluarkan media barat, New York Times ini.
Ini adalah kerana kekhuatiran kami terhadap sikap terlalu "taksub" mendewa-dewakan makhluk ciptaan Allah SWT sepeti "Hajarul Aswad" dan Kaabah sehingga mampu menimbulkan kesan syirik (khafiy) di hati kita.
Kita serahkan saja kepada para ulama muktabar dan para fuqaha' untuk mengijtihad atau berijma' mengenai teori itu. Siapalah kita yang kurang ilmu untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan teori berkenaan, bukan? Wallahu'alam. -KedahNews.com