Terkini..!!! Alhamdulillah.. Intan Maizura berjaya lahirkan Muhammad..!

Baru-baru ini KedahNews.com ada menyiarkan kisah tentang isteri salah seorang pramugara pesawat MH370, Intan Maizura yang sudah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak kedua.

Intan Maizura Othaman yang redha dan masih mengharap keajaiban di sebalik kehilangan suaminya bersama MH370 itu dijangka melahirkan anak lelaki yang dinamakan Muhammad secara pembedahan caesarean pada semalam.

Maklumat tersebut turut disalurkan menerusi Twitter penyanyi yang juga kakitangan MAS, Zarul Umbrella.


Buat tatapan semua rakyat Malaysia yang memberi perhatian pada status Intan Maizura dan anak-anaknya, di bawah adalah gambar Intan Maizura yang terbaru dan dikongsikan di laman sosial.

Meskipun tersenyum, tidak susah untuk meneka perasaan pahit yang sedang dilaluinya, melahirkan bayi disaat tanpa suami yang menjadi ayah pada anak yang baru dilahirkan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaannya...

Semoga seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memberi sokongan moral dan mendoakan Intan dan anak-anaknya berjaya mengharungi saat sukar di sepanjang kehidupan mereka, meskipun tanpa kehadiran suami dan ayah tersayang.

Buat Intan Maizura dan anak-anaknya, kuatkanlah semangat kerana doa KedahNews.com serta rakyat Malaysia sentiasa bersama anda. -KedahNews.com