KUALA LUMPUR – Pasukan Keadilan Raya yang diketuai Timbalan Presiden
PKR, Mohamed Azmin Ali dilaporkan memenangi jawatan utama dalam
pemilihan parti kali ini.
Sumber dalaman PKR memberitahu, sehingga pagi tadi, Mohamed
Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724
atau 46 peratus undi.
Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat
10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution
memperolehi 7,609 (22%) undi.
Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari
dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik
Nazmi Nik Ahmad dan Ahmad Nazree Yunus.
Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.
Pasukan Keadilan Raya mendapat tentangan sengit bagi jawatan Ketua
Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut, Zuraida Kamaruddin,
dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.
Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868? (49%) undi.
Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan kerana
berlaku kekecohan di lebih 20 cabang hingga memaksa ianya dibatalkan dan
diadakan semula. – Astroawani.com