Terkini #PRKTelukIntan: Penipuan Dyana Sofya Terbongkar..!

Yammy & Dyana di majlis PERKASA
Dakwaan terkini tentang calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, iala berkenaan ibunya, Yammy Samat, yang merupakan Ketua Wanita (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) PERKASA Pertama sejak NGO itu ditubuhkan kira-kira 6 tahun lalu.

Dyana Sofya dalam kenyataannya menjawab soalan media hari ini menegaskan bahawa ibunya tidak pernah menganggotai PERKASA, bahkan tidak pernah menganggotai NGO tersebut.

Seorang jurugambar profesional terkenal yang dikenali sebagai "minaq-jinggo" amat tidak berpuasa hati dengan jawapan gadis Melayu DAP itu kerana dia memiliki bukti kukuh pembabitan Yammy di dalam PERKASA.

Minaq-Jinggo turut memberikan bukti kukuh dakwaan tersebut memandangkan dia pernah terlibat membuat liputan di Majlis Pelancaran Laman Web PERKASA pada 21 Oktober 2008 yang menunjukkan Yammy terlibat di antara orang kuat majlis berkenaan.

Bukti berkenaan menurutnya boleh dirujuk di link ini. 

Selain itu, Minaq-Jinggo dalam kenyataan di laman web miliknya mendakwa dia juga telah mendapat pengesahan dari Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkenaan status ibu Dyana Sofya itu sememangnya Ketua Wanita Pertama pertubuhan tersebut.


Minaq-Jinggo turut mempersoal tindakan Dyana yang enggan berterus-terang, tidak mengaku dan calon DAP tidak wajar berbohong mengenai ibu sendiri di depan rakyat, khususnya apabila cuba menawarkan diri sebagai "wakil rakyat".

"Mengapa harus beliau menipu?

"Bukan kah lebih baik beliau akui sahaja pembabitan dalam Perkasa bersama ibu beliau yang berlaku enam tahun yang lalu dengan alasan ketika itu beliau masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politik.. Mengapa beliau memilih untuk berbohong?

"Lupakah beliau bahawa beliau bertanding untuk menjadi wakil rakyat bukan nya bertanding untuk menjadi juara lagu atau artis popular. 

"Saya yang telah mengikuti kempen calon Melayu DAP ini dari hari penamaan calon, berasa amat malu dan tertipu dengan penipuan bersahaja yang beliau lakukan.. Telah ditakdirkan saya juga yang telah merakam gambar di majlis Perkasa pada 21/10/2008 itu, " katanya tidak berpuas hati dengan pembohongan Dyana. -KedahNews.com